Salam Nisfu Syaaban


Bismillahirrahmanirrahim.
Masya' Allah Tabarakallah.

Salam Nisfu Syaaban kepada semua umat Islam.

Tahukah anda?

Nisfu Syaaban bermaksud separuh daripada Bulan Syaaban, iaitu pada malam ke-15.
Bulan ini penuh dengan berkat bahkan peristiwa perpindahan kiblat dari Baitulmaqdis ke Kaabah juga berlaku pada bulan Syaaban.

Jadi sebagai pengajaran, marilah kita memanfaatkan bulan yang berkat ini untuk maju ke depan meninggalkan perasaan duka dan pahitnya kehidupan.

Sebagaimana Rasulullah SAW memohon pertukaran arah kiblat supaya umat Islam tidak terus dihina oleh orang kafir, perbanyakkanlah amalan dan berdoalah untuk kesejahteraan hidup kerana Allah itu Maha Berkuasa dan kasih-Nya tiada tara.

Semoga setiap doa dan hajat kita pada malam ini diangkat dan dikabulkan Allah SWT.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama