Selamat Datang ke Blog Surau An Nur Apartment Sri Puteri


Bismillahirrahmanirrahim.
Masya' Allah Tabarakallah.

Alhamdulillah, akhirnya blog Surau An-Nur, Apartment Sri Puteri dapat disiapkan. Terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam memberikan maklumat-maklumat penting untuk dimuatkan ke dalam blog ini.

Surau An-Nur, Apartment Sri Puteri dipengerusikan oleh Tuan Haji Ayoof Bin Kasmian dan beberapa AJK yang dilantik bagi menjalankan fungsi-fungsi dan melahirkan pelbagai idea-idea bernas bagi membangunkan surau ini.

Blog ini akan menjadi blog rasmi surau dan medium utama selain 'white board' dan kain rentang dalam menyampai berita, aktiviti terkini, gambar-gambar, kuliah dan sebagainya kepada penduduk Apartment Sri Puteri.

Semoga dengan kewujudan blog ini dapat memberikan manfaat dan secara tidak langsung dapat menyebarkan risalah dakwah Rasulullah SAW bukan sahaja kepada penduduk Apartment Sri Puteri, tetapi masyarakat Islam umumnya, Insya'Allah.

Sebarang pandangan, cadangan dan pendapat bagi menambahbaik mutu penyampaian blog ini adalah amat dialu-alukan.

Terima kasih.

daripada
Setiausaha II
Surau An-Nur, Apartment Sri Puteri