Tabung Qurban 2025


Bismillahirrahmanirrahim.
Masya' Allah Tabarakallah.

Bagi membolehkan anda memenuhi tuntutan korban tanpa membebankan diri, anda boleh mula menyimpan duit dari awal. Jika selama ini anda boleh sediakan tabung untuk membeli gajet ataupun melancong, kenapa tidak melakukan perkara yang sama untuk berkorban? Jumlah wang yang besar mungkin agak sulit untuk dibayar sekali gus, namun dengan adanya tabungan khusus, nilai yang besar dapat dikumpul sedikit demi sedikit.

Mulakan menabung pada awal tahun 1446 Hijrah dengan niat mahu melaksanakan ibadah korban pada tahun 2025. Daripada situ, anda boleh menentukan berapa yang perlu disimpan setiap bulan bagi memenuhi bajet korban. Sebenarnya, anda mampu untuk menunaikan ibadah korban. Hanya sahaja anda tidak betul-betul memasang niat dan bersungguh-sungguh untuk mengejar pahala besar yang Allah janjikan buat mereka yang berkorban.

Mudah bukan?
Ayuh tekadkan niat dan usaha untuk melaksanakan ibadah korban tahun 2025. Semoga usaha anda dapat memberi kegembiraan buat yang memerlukan, selain memberi manfaat kepada anda di dunia dan juga akhirat.

_PROGRAM IBADAH QURBAN 2025/1446H_

💖 *TERBUKA KEPADA SEMUA PENDUDUK APARTMENT SRI PUTERI* dan mohon sebarkan poster ini.

✍️ *BORANG PENDAFTARAN* SERTA *PEMBAYARAN ONLINE*, SILA TEKAN LINK DIBAWAH 👇🏼
https://bit.ly/TQ2025

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama