Majlis Bacaan Surah Yasin Dan Tahlil Arwah


Bismillahirrahmanirrahim.
Masya' Allah Tabarakallah.

Rasulullah S.A.W telah bersabda: " Barangsiapa yang membaca Surah Yasin pada malam hari untuk mencari redha Allah S.W.T, maka akan diampuni dosanya " - hadith riwayat Ibnu Hibban.Muslimin dan Muslimat dijemput untuk sama-sama mengimarahkan masjid pada malam Jumaat yang penuh barokah ini.

Bagi yang berhajat, boleh imbas QR Code untuk Borang Permohonan Tahlil Arwah dan nyatakan hajat anda.

Niatkan pahala bacaan Surah Yasin, Tahlil dan Zikir kita buat mereka yang telah tiada.

Moga diampuni dosa mereka, dilapangkan kubur mereka dan dijadikan lahad mereka seperti taman-taman syurga yang indah.. Aamiin Ya Rabbal Alamin.

Tidak dilupa, jamuan istimewa untuk semua yang hadir selepas Solat Isyak

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama