Pendaftaran/Pembaharuan Ahli Khairat & Sumbangan Khairat Kematian 2024



Bismillahirrahmanirrahim.
Masya' Allah Tabarakallah.

Permohonan pendaftaran/pembaharuan Ahli Khairat dan sumbangan khairat kematian terbuka untuk semua ahli Kariah Masjid Ukay Perdana (pembaharuan adalah untuk setiap tahun).

Sumbangan Khairat Kematian RM 50/ lebih perlu dibuat melalui akaun MASJID UKAY PERDANA (Akaun no : 110 0346 119 BANK RAKYAT ) dan resit dikepilkan/dimuat naik didalam borang ini 

Sebarang pertanyaan boleh merujuk kepada Pejabat Masjid Ukay Perdana ( 013-879 5644) atau hubungi Nazir (Kasuadi) : 019-319 6901, Timb. Nazir (Amir): 019-381 9212, Setiausaha (Sahawarludin): 019-3211994, Bendahari (Razi): 019-376 6614 ).

Pemberian maklumat adalah atas kerelaan pemberi maklumat untuk perkhidmatan Khairat Kematian Masjid Ukay Perdana.

Syarat-Syarat Dan Manfaat Menjadi Ahli Khairat


Borang disediakan percuma dan satu keluarga satu borang.

Definisi “satu keluarga” terdiri suami, isteri, anak kandung, anak angkat atau anak belaan (cucu/cicit) yang belum berkahwin.

Permohonan ahli sah untuk warga negara yang telah menjadi ahli kariah MUP kecuali berstatus PR.

Permohonan menjadi ahli dari penduduk berstatus PR akan ditentukan berdasarkan garis panduan dan kriteria-kriteria yang ditetapkan.

Ketua keluarga atau pemohon (suami / isteri) mesti ahli kariah MUP.

Selain dari item 2, permohonan perlu mengisi borang berlainan.

Pemohon atau ketua keluarga mesti mastautin/beralamat di Ukay Perdana kecuali anak-anak tanggungan atau anak-anak yang sudah berkahwin (guna borang lain sertakan buktikan dokumen ayah/emak tinggal di Ukay Perdana).

Pendaftaran ahli baru adalah sepanjang tahun dan efektif manfaat sepenuhnya adalah selepas 3 bulan dari tarikh sumbangan dibuat.

J/kuasa berhak menamatkan keahlian jika gagal mematuhi syarat-syarat yang dipersetujui.

Keahlian juga terbatal secara otomatik, jika tidak lagi menjadi ahli kariah. Namun demikian, jika ada manfaat, j/kuasa berhak memutuskan kewajaran dan mengambil kira komitmen ahli tersebut.

Sebarang keputusan j/kuasa khairat adalah muktamad.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama