Ziarah Bakal Jemaah Haji










Bismillahirrahmanirrahim.
Masya' Allah Tabarakallah.

Alhamdulillah!! Pagi ini, Muslimat An-Nur telah berkesempatan menziarah Imam 3 kami iaitu Saudara Norazlan Bin Md Nor bersama pasangannya Puan Ruzi yang akan berangkat ke Mekah untuk menunaikan Rukun Islam kelima, fardhu haji pada 21hb Mei 2024. Ucapan, doa dan nasihat telah diberikan sempena perjumpaan itu. Tuan rumah yang baik hati lagi pemurah itu juga telah menyediakan sarapan pagi buat kami.

Selamat berangkat kepada insan-insan yang terpilih menjadi tetamu Allah SWT di bumi Mekah untuk menunaikan ibadah Haji pada tahun ini.

Marilah sama-sama kita doakan semoga perjalanan mereka dipermudahkan segala urusan dan mendapat haji yang mabrur, Insya'Allah. Aamiin

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama